I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 8 December 2011

:: SECANTIK CERMIN KAU , CANTIK ::

Aku ingat lagi , waktu itu aku duduk belakang mu . Dan kau membelakangkan aku .

Sambil menyisir rambut mu yang panjang , perang-perang warnaNya , kau menyiapkan rambut untuk diseterikakan . Atau takik rambut .

Tarik rambut . Tarik rambut lagi .
Itu rutin harian kau yang aku tak suka , yang selalu bikin aku naik angin kerana menelan masa . Yang melunyurkan mood aku untuk keluar makan atau keluar berseronok .

Tapi . .
Bila aku fikir balik , sebenarnya aku sayang . Aku cinta rutin itu . Kerana itu rutin watak kau . Diri kau . Diri kau itu yang aku terima nyatakan . Mulut sahaja bising-bising , tapi aku tetap cinta .

Kau . Yang dari tadi menghadap cermin meletakkan kepercayaan sepenuh jiwa , pada reflekasi dari cermin . Kau adalah salah seorang manusia yang menjual kewarasan dan jiwa kau pada cermin . Cermin kata cantik , cantiklah kau kata . Cermin kata hodoh , hodoh lah kau kata . Kau percaya cermin sangat-sangat .

Macam aku . Hodoh macam cermin .

Aku diam memerhati dari belakang . Merenung kau mencantikkan rambut .

Kau memenag cantik . Sangat cantik . (♥♥♥)

Nnovel :: BOGEL MENUJU TUHAN
Edit :: anNa nieNa

No comments:

Post a Comment